icon-search
icon-search
  • NIJ

Nafas Istidraj by Najmi Fetih

RM 25.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

"Mahdi, aku rindu kau." 

Berkaca mata Rid apabila teringatkan sahabat baiknya dahulu. Tergelak kecil Ridwan apabila teringat tindakan bodohnya. Ya, dia seorang yang sangat baran suatu ketika. Diimbau kembali dalam fikirannya saat dia memarahi Mahdi. Kini, tinggal dia sendiri. Apa dia mampu kekalkan dirinya yang sekarang seperti dahulu? Senyuman di bibirnya hilang. 

Kini, dia sendirian menempuh alam university. Teman sebiliknya bagaikan langit dan bumi jika mahu dibandingkan dengan teman lamanya di matrikulasi. "Kau bunyi sekali lagi aku pukul kau." Andai dulu dia pernah menjadi seorang sahabat yang dikejutkan untuk solat subuh berjemaah di masjid, kini dia pula mengambil tugas tersebut. Namun, la tidaklah semudah yang dia sangka. Ditambah pula dengan 'sumpahan' yang kini kembali. Apa dia kuat untuk tempuh sendirian? "KAU TAK BERMIMPI, INILAH REALITI!" Apakah Ridwan mampu untuk berhadapan dengan 'dirinya yang satu lagi? 

Suara itu masih didengari dari belakang tubuhnya. Andai dahulu dia ditegur melalui mimpi, kini 'suara' itu datang mengetuk pintu realiti. 

"Sampai bila-bila, kau tetap sahabat aku Rid. Andai jarak memisahkan, doa sentiasa menyatukan. Apa bagi kau persahabatan itu hanya hiudp apabila kita bersama? Jangan pernah lupa Rid, kau sentiasa menjadi definisi sahabat bagi aku." - Mahdi.

Your cart is currently empty.
Continue shopping