SINOPSIS BUKU KHABAR GEMBIRA DARI TUHAN
Al-Quran sering kali menggunakan kalimah BASYIRA بشيرا (khabar gembira) untuk orang beriman. Kalimah ini juga diulang di dalam Al-Quran dalam pelbagai maksud sebanyak 123 kali.
.
Antara tujuannya adalah memberikan ketenangan kepada orang beriman untuk sentiasa kekal berada di atas jalan yang benar. Maka di dalam buku ini, penulis mengumpulkan 20 khabar gembira dari Allah Taala melalui ayat-ayat-Nya bagi merawat kedukaan pembaca atau memberikan ketenangan dalam mengharungi pelbagai mehnah dan ujian di dalam hidup ini.
.
Menariknya, daripada 20 khabar gembira tersebut, dipecahkan pula kepada dua bahagian iaitu
.
· Bahagian pertama – 17 khabar gembira dari Allah kepada mereka yang beriman
.
· Bahagian kedua – 3 khabar gembira ‘sinis’ daripada Allah kepada yang tidak beriman.
.
Bahagian pertama merupakan khabar gembira yang sebenar-benarnya daripada Allah Taala manakala bahagian kedua pula adalah khabar gembira yang hakikatnya merupakan ancaman Allah Taala kepada yang tidak beriman.
.
Setiap khabar gembira di dalam buku ini diberikan potongan ayatnya beserta terjemahan, kemudian diberikan sedikit penerangan ringkas dan lebih menarik, setiap khabar gembira itu, penulis hadiahkan ‘Quote Khabar Gembira’ untuk dihayati dan jentikan hati kepada para pembaca.
.
Moga buku ini menggembiakan dan menenangkan kehidupan kita kembali,Insya-Allah.
--------------------------------------
SINOPSIS BUKU HEALING DENGAN DOA
Doa adalah perkara yang sangat mudah dilakukan. Tidak ada waktu atau pun tempat yang khusus untuk kita menadahkan tangan dan berdoa.
.
Bahkan doa ini adalah senjata yang paling ampuh untuk menghadapi apa sahaja ujian dan tekanan di atas muka bumi ini. Doa adalah penghubung seorang hamba dengan Allah Taala. Doa juga akan dimakbulkan oleh Allah Taala, kerana itu janji-Nya.
.
Allah Taala berfirman dalam surah Ghafir ayat ke-60, yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepada- Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu....’”
.
Dalam berdoa ini juga ada syarat-syaratnya, tidak terlalu sukar untuk kita lakukan. Jika memenuhi syarat ini, insya-Allah doa-doa yang kita lafazkan akan dimakbulkan oleh Allah Taala.
.
"Mengulang-ulang doa itu ibarat mengayuh basikal. Suatu hari nanti, ia akan membawamu ke tempat yang dituju"