SINOPSIS BUKU MENJADI BIADADARI SYURGA
"Kerana wanita solehah itu ketua bagi para bidadari..."
.
Menjadi seorang wanita yang mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan sehariannya bukanlah suatu tugas yang mudah, apatah lagi dengan pelbagai cabaran yang mendatang sehingga tidak ramai wanita mampu istiqamah dalam mencari redha-Nya.
.
Disebabkan itulah, penting untuk para muslimah masa kini mempunyai role model atau contoh teladan yang terbaik untuk diikuti agar setiap tindak-tanduk yang dilakukan itu berlandaskan syariat Islam.
.
Jadi, dalam penulisan ini beberapa orang tokoh muslimah telah dipilih untuk dikongsikan kisah benar yang telah berlaku kepada mereka di samping ibrah/pengajaran agar para wanita zaman sekarang dapat aplikasikan dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran.
----------------------------------------------------------------------------
SINOPSIS BUKU KHABAR MURKA DARI TUHAN
Kenapa hidup kita berasa tidak tenang, hati penuh dengan prasangka, dunia seakan kacau-bilau, itu tidak kena, ini tidak kena?
.
Boleh jadi kerana kita sendiri masih banyak melakukan apa yang Allah larang. Ya, kita tidak sedar masih ada dosa atau maksiat yang membelenggu diri.
.
Sedarlah. Cara nak sembuh, perbaiki diri dan ubah segala-galanya adalah dengan berusaha untuk tinggalkan apa yang dilarang.Allah sebagai Pencipta lebih kenal diri kita, maka sudah pasti ada sebab kenapa Allah pesan supaya jangan lakukan perkara itu, jangan lakukan perkara ini.
.
Namun, sejauh mana kita tahu apa yang Allah kata 'Jangan’ atau larang?Buku Khabar Murka Dari Tuhan menghimpunkan 60 ayat larangan Allah daripada al-Quran yang bukan sahaja ringkas, mudah dihafal dan diamalkan, tetapi ia sangat memberi kesan mendalam bagi kita yang membacanya.
.
Bukan itu sahaja, malah setiap ayat disediakan sumber asal, tadabbur ayat dan nasihat santai yang diberikan dalam bentuk puisi, supaya kita semua mendapat lebih banyak manfaat.
.
Muhasabah diri. Usia kita semakin meningkat, jadi sampai bila kita masih tidak mahu berusaha untuk tinggalkan apa yang Allah khabarkan jangan, yang kalau kita masih degil akan menjadi asbab murka-Nya?