icon-search
icon-search
  • 00-KGDT
  • sinposis-KGDT

Khabar Gembira Dari Tuhan by Syed Salahuddin

RM 30.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Al-Quran sering kali menggunakan kalimah BASYIRA بشيرا (khabar gembira) untuk orang beriman. Kalimah ini juga diulang di dalam Al-Quran dalam pelbagai maksud sebanyak 123 kali.

Antara tujuannya adalah memberikan ketenangan kepada orang beriman untuk sentiasa kekal berada di atas jalan yang benar. Maka di dalam buku ini, penulis mengumpulkan 20 khabar gembira dari Allah Taala melalui ayat-ayat-Nya bagi merawat kedukaan pembaca atau memberikan ketenangan dalam mengharungi pelbagai mehnah dan ujian di dalam hidup ini.

Menariknya, daripada 20 khabar gembira tersebut, dipecahkan pula kepada dua bahagian iaitu

· Bahagian pertama – 17 khabar gembira dari Allah kepada mereka yang beriman

· Bahagian kedua – 3 khabar gembira ‘sinis’ daripada Allah kepada yang tidak beriman.

Bahagian pertama merupakan khabar gembira yang sebenar-benarnya daripada Allah Taala manakala bahagian kedua pula adalah khabar gembira yang hakikatnya merupakan ancaman Allah Taala kepada yang tidak beriman.

Setiap khabar gembira di dalam buku ini diberikan potongan ayatnya beserta terjemahan, kemudian diberikan sedikit penerangan ringkas dan lebih menarik, setiap khabar gembira itu, penulis hadiahkan ‘Quote Khabar Gembira’ untuk dihayati dan jentikan hati kepada para pembaca.

Moga buku ini menggembirakan dan menenangkan kehidupan kita kembali,
Insya-Allah.

Your cart is currently empty.
Continue shopping