icon-search
icon-search
  • 00-TAIJN
  • sinposis-TAIJN

Tuhan, Aku Ingin Jumpa Nabi by Adnin Roslan

RM 35.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Inilah impian dan doa yang sering dibaca oleh semua perindu Nabi Muhammad SAW.

Namun, adakah kita layak untuk bertemu baginda? Apakah amalan yang melayakkan kita untuk bertemu baginda? Apakah dosa yang menjadi penghalang untuk kita bertemu baginda di akhirat kelak?

Dalam buku “Tuhan, Aku Ingin Jumpa Nabi” ini, saya susun satu rangka cara untuk meningkat rasa rindu ingin berjumpa sang nabi nan agung ini di akhirat kelak, dan insya-Allah mungkin sahaja boleh bersama baginda di syurga, amin.

1. Kita akan membaca biodata ringkas baginda.

2. Kita akan melalui 10 kisah sahih yang akan meningkatkan rasa rindu kepada baginda.

3. Kemudian kita akan melalui 20 nama insan dan info ringkas mereka yang sudah pasti akan berjumpa baginda dan akan bersama baginda. Agar menjadi inspirasi agar kita berusaha mempunyai nilai persis mereka jua.

4. Setelah itu kita akan belajar apakah 30 sebab Nabi Muhammad tidak ingin berjumpa kita.

5. Ini bahagian istimewa di mana saya susun 40 hadis amalan sunnah baginda yang mudah, namun ganjarannya besar. Dan 40 hadis ini jika di amalkan boleh jadi bukti tanda cinta sunnah dan asbab berjumpa baginda.

6. Akhir sekali, adanya 50 checklist tanda-tanda amalan yang kita lakukan tanda kita mencintai dan merindui pertemuan dengan nabi. Bukankah pengakuan tanpa bukti hanyalah omong kosong.

Semoga kita semua dapat bertemu & bersama Nabi di syurga kelak!

Your cart is currently empty.
Continue shopping